Assalamualaikum wahai nurkasihku,hari ini maka genaplah umurku 34 tahun...alhamdulillah..moga segalanya berjalan lancar bagiku,dimurahkan rezeki oleh Allah,dipanjangkan umur,diberi kesihatan yang sempurna,semoga diriku dilimpahi rahmat dari Allah dan moga2 bertemu jodohku pada tahun ini..amin.
Semoga dengan bertambahnya usia..maka ianya menambahkan kematangan mindaku,meningkatkan kesabaranku dan ketahananku dalam mengharungi cabaran yang mendatang.
Bagi sesetengah orang dan selalunya wanita la..akan berahsia tentang usia mereka..bagi aku itu terpulanglah dengan cara masing2..bagi aku..aku bangga dengan usiaku...sekurang2nya ianya mengingatkan aku bahawa kita tidak akan muda untuk selama2nya..usia makin bertambah,maka dengan ini juga kita secara tak langsung akan memikirkan tentang amalan kita.lagipun kita tidak pasti bila maut akan menjemput kita bukan?..sekurang2nya..kl kita tidak 'sedar' atau masih bermimpi lagi,tapi bila rakan2 mengingatkan kita tentang usia kita secara tak langsung mungkin akan menghalang kita daripada lalai atau leka dengan kehidupan duniawi..ye tak?..apapun terpulanglah dengan tanggapan dan cara masing2 kan...
Selain berharap pada kemajuan kerjayaku,kesihatan yang semakin bertambah baik,kematangan fikiran dalam menangani sesuatu permasalahan,keluarga yang bahagia,aku juga berharap menemui si dia yang menerima aku seadanya....yang mampu membuat aku ketawa dan tersenyum walaupun ketika aku dilanda masalah..membuatku tersenyum dan ketawa dengan caranya yang tersendiri tentu sahaja bukannya dengan lawak yang bodoh atau tidak diterima akal ataupun logik.Wajahnya penawar bagi dukaku...biarlah sesedap mata memandang,meredupkan pandangan,menyejukkan hati,menenangkan jiwa..insyaAllah..aku percaya jodohku ada diluar sana...cuma lambat atau cepatnya..Allah sahaja yang menentukan segala2nya.
0 comment(s).