Powered by Bravenet Bravenet Blog

Subscribe to Journal

Tag Board

adiena: wslm...ye tchr sihat..sori sb u r using nickname....so it's hard 4 me to recongnize u.. ...
qynn: salam..hye teacher..sehat??hmm ney ex-student teacher dulu..thn6'07,,
adiena: wlsm n trima kasih analegypt
adiena: wslm zahra...
zahra: slm kak adiena.....
analegypt: slm,artikel yg menyentuh ati saya..bnyk ilmu n pndngn yg saya dpt..mg Allah mudahkn sgl urusan akak w/pun kt x kenal satu sama lain tp mg ukhuwah drahmati Allah
adiena: Liza87:wslm liza...nice 2 meet u here..zahira:wslm...
Liza87: salam kak adiena..
zahira: askum salam perkenalan
adiena: blog ini dlm proses pemindahan ke add baru...take some times..dah ok smua nanti..sy akan announce add br kay...
adiena: wslm my sis..tula tuan dia pun lama tak semak2 kan blog dia nie hehe...tak pasal2 tag board nie pun kosong...tak dpt la baca balik yg dolu2 py komen kat sini...
lina: Salam, dah lama x menyemak kat sini..adik ku...sedih u sedih akak juga coz akak dah puas melaluinya..Kelab jiwa luka kena aktif balik nih!..
adiena: wslm sarah... ..akak doakan moga sarah dpt jmp doc and akak pun harap dpt jmp doc lagi memandangkan dah hampir 9 bulan tak jmp dia...maklumlah bz..oo yeke hensem masa tue..biasalah doc tue..takde gbr?
sarahnini: hensem pulak masa Doc pergi kat taman tamadun islam he..he..he..
sarahnini: assalamualaikum,kak.Adiena bertuah dapat jumpe Doc. saya pun teringin jugak...
adiena:
adiena: salam smua,npknya tag board nie dah kosong la pulak..ilang smua msg2 dulu2..kaylah bagi mereka yang ingin meninggalkan jejak bertapak hehe..atau ape sahaja jejak yg buleh diterima asal shj tidak menyimpang dr sepatutnya..sila2kan lah ye...

Please type in the four characters shown in the black box.

Tuesday, March 10th 2009

12:20 AM

ERTI PERSAHABATAN..

Assalamualaikum wahai nurkasihku,sesuatu yang ingin kukongsi bersama.Artikel diambil dari laman web http://ukhwahfillah.wordpress.com

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana
dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan
menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan
harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.
0 comment(s).

There are no comments to this entry.

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see