
(SILA KLIK ADIENA'S ARCHIVE UNTUK MEMBACA CORETAN YANG TERDAHULU)
ADIENA’S WEB JOURNAL
(MENYAYANGI TIDAK BERERTI MEMILIKI,MEMILIKI TIDAK BERERTI MENYAYANGI...)
WELCOME TO MY ONLINE DIARY, ENJOY YOUR STAY!

























RINDU ITU BUKAN MILIKKU....
Cinta Itu Tidak Menuntut Kita Menjadi Org Lain….Tetapi Menjadi Diri Sendiri…..Cinta Yg Suci Tidak Menuntut Perubahan Atau Pengorbanan Yg Besar Demi Org Yg Kita Kasihi…..Jika Dia Tidak Dapat Melihat ‘Kecantikan’ Dan Keistimewaan Dalam Diri Kita….Nyatalah Org Itu Bukan Ditakdirkan Untuk Kita…(Hasil nukilan-Adiena)
EMAIL ADD:iezamin@yahoo.com

...
..akak doakan moga sarah dpt jmp doc and akak pun harap dpt jmp doc lagi memandangkan dah hampir 9 bulan tak jmp dia...maklumlah bz..oo yeke hensem masa tue..biasalah doc tue..takde gbr?
Assalamualaikum wahai nurkasihku,artikel yang ingin kukongsi,ku kira artikel ini mampu membuat kita berfikir sejenak dan menghargai sesuatu yang adakalanya kita terlepas pandang yang hadir di dalam hidup kita tanpa kita sedari.
Artikel ini dipetik dari laman web ini..http://ukhwahfillah.wordpress.com
Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta.
Cinta adalah CINTA .Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
KADANGKALA ORANG YANG PALING MENCINTAIMU ADALAH ORANG YANG TAK PERNAH MENYATAKAN CINTANYA PADAMU KERANA ORANG ITU TAKUT KAU BERPALING DAN MENJAUHINYA. DAN BILA DIA SUATU MASA HILANG DARI PANDANGANMU….KAU AKAN MENYEDARI DIA ADALAH CINTA YANG TIDAK PERNAH KAU SEDARI….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah