Powered by Bravenet Bravenet Blog

Subscribe to Journal

Tag Board

adiena: wslm...ye tchr sihat..sori sb u r using nickname....so it's hard 4 me to recongnize u.. ...
qynn: salam..hye teacher..sehat??hmm ney ex-student teacher dulu..thn6'07,,
adiena: wlsm n trima kasih analegypt
adiena: wslm zahra...
zahra: slm kak adiena.....
analegypt: slm,artikel yg menyentuh ati saya..bnyk ilmu n pndngn yg saya dpt..mg Allah mudahkn sgl urusan akak w/pun kt x kenal satu sama lain tp mg ukhuwah drahmati Allah
adiena: Liza87:wslm liza...nice 2 meet u here..zahira:wslm...
Liza87: salam kak adiena..
zahira: askum salam perkenalan
adiena: blog ini dlm proses pemindahan ke add baru...take some times..dah ok smua nanti..sy akan announce add br kay...
adiena: wslm my sis..tula tuan dia pun lama tak semak2 kan blog dia nie hehe...tak pasal2 tag board nie pun kosong...tak dpt la baca balik yg dolu2 py komen kat sini...
lina: Salam, dah lama x menyemak kat sini..adik ku...sedih u sedih akak juga coz akak dah puas melaluinya..Kelab jiwa luka kena aktif balik nih!..
adiena: wslm sarah... ..akak doakan moga sarah dpt jmp doc and akak pun harap dpt jmp doc lagi memandangkan dah hampir 9 bulan tak jmp dia...maklumlah bz..oo yeke hensem masa tue..biasalah doc tue..takde gbr?
sarahnini: hensem pulak masa Doc pergi kat taman tamadun islam he..he..he..
sarahnini: assalamualaikum,kak.Adiena bertuah dapat jumpe Doc. saya pun teringin jugak...
adiena:
adiena: salam smua,npknya tag board nie dah kosong la pulak..ilang smua msg2 dulu2..kaylah bagi mereka yang ingin meninggalkan jejak bertapak hehe..atau ape sahaja jejak yg buleh diterima asal shj tidak menyimpang dr sepatutnya..sila2kan lah ye...

Please type in the four characters shown in the black box.

Sunday, March 22nd 2009

9:30 PM

HMM..STATUS:MISTERI NUSANTARA,TAK TAHU R TAK DPT DIKESAN,KEPUTUSAN:LUPAKAN AJE KECUALI ADA PETANDA NYATA..SEBAB-MUSABAB:MEMBAZIRKAN MASA..PERASAAN: HIDUP MESTI DITERUSKAN..

  • Mood:

"Sedih tp sy terpaksa lepaskan awak..mungkin ini yang terbaik…saya berterima kasih pada Tuhan kerana saya berpeluang ‘kenal’ awak,sesungguhnya awak antara perkara yg terbaik pernah terjadi dalam hidup saya."

Assalamualaikum wahai nurkasihku,macammana aku nak mula ye...walaupun keputusan yang kuambil ini akan melukakan hati aku sendiri tapi ape boleh buat aku harus terima dengan penuh redha.Aku tak seharusnya menyesali segala perkara yang telah ditakdirkan untuk aku.Berat mata memandang,berat lagi hati yang mengalami situasi ini.Sedaya upaya aku cuba berdiam diri,merahsiakannya darimu wahai nurkasihku,tidak bercerita di sini,namun adakalanya aku tewas dengan perasaanku sendiri,pada kawan-kawanku yang rapat iaitu hanya 2 orang sahaja yang amat aku percayai,kuceritakan perasaanku ini.Walaupun pada mulanya aku amat berahsia,aku taknak sesiapa pun mengetahuinya,namun aku akui amat pedih menanggung perasaan ini seorang diri..lalu dengan berat hati,ku luahkan pada mereka berdua.

Masa berlalu pergi...namun tiada jawapan yang pasti,kumohon petunjuk dari Ilahi,mungkin aku belum cukup berusaha,belum cukup berdoa,namun aku gagahi juga untuk meneruskan mencari jawapan dan mengharapkan petunjuk hadir bagi memberikan aku satu tanda yang pasti bahawa dirimu sememangnya tidak akan kumiliki.

Semakin lama perasaan ini semakin mencengkam jiwa,ternyata ianya makin lama semakin membuatkanku keliru dengan perasaanku sendiri.Seringkali aku teragak-agak dan juga cuba membataskan diriku denganmu agar tidak terlalu ketara namun aku sedari caraku itu menyebabkan dirimu langsung tidak menyedari 'kewujudanku' dan acuh tak acuh dengan cara pendekatanku.

Memang benar,ada banyak tentang dirimu yang membuatkan aku tertanya-tanya,kau sungguh perahsia orangnya sehingga menyukarkan aku untuk mengetahui tentang dirimu.Kenapakah aku terlambat mengenali dirimu,ya kadang2 aku tertanya-tanya sendiri dan masih juga dalam keadaan keliru mengapakah aku 'dipertemukan' denganmu sekarang,kenapa tidak 3,4 tahun yang dulu...ntahlah aku masih tak mengerti kenapa ini semua terjadi namun aku harus mengingatkan diriku,jangan sesekali menyalahkan takdir,tentu ada sebab dan musababnya aku mengenali dirimu....aku percaya ada sebab dan penjelasan yang kukuh kenapa kita 'dipertemukan'....

Salah satu sebab aku agak sukar untuk melupakanmu mungkin buat pertama kalinya dalam hidup aku,aku temui lelaki yang mempunyai segala-galanya yang aku dambakan selama ini...ini bukannya bohong wahai nurkasihku,sedari awal lagi..sejak aku masih lagi belajar...aku idamkan ciri-ciri lelaki yang ada padanya.....malah selama beberapa tahun ini aku mula menyenaraikan ciri-ciri itu dan ku simpan dengan rapi..ya mungkin ada yang akan mengatakan aku kurang waras,akan ketawa..terpulanglah..aku masih waras..aku masih matang..aku masih berpijak dibumi nyata..bagiku cara itu tiada cacat celanya..malah pabila aku menonton rancangan Oprah sendiri..ada di antara mereka yang mencatatkan apa perkara yang mereka impikan…dan melihat hasilnya kemudian..aahh mungkin kau takan fahamkan wahai nurkasihku…lupakan sahaja apa yang aku nyatakan sebentar tadi…berbalik pada kisah diriku ini….segalanya bermula dari satu pencarian dan secara tak sengaja aku menemui dirimu..apabila pertama kali aku melihatmu..aku langsung tidak mempunyai walau sedikit pun perasaan suka apatah lagi  berminat dengan dirimu.Tapi aku sendiri tak faham..pabila terpandang dirimu..semacam ada satu perasaan ingin tahu namun ketika itu aku masih tiada secalit pun perasaan suka…umpama lirik lagu ‘Soalnya Hati nyanyian Erra Fazira ’Kau hanya wajah biasa di mataku,pasti lenyap sederas tibamu,tak perlu aku memikirkanmu selalu..…”…kau hanya wajah biasa pada mulanya..tiada sedikit pun raser teruja melihat dirimu…malah gaya atau corak hidupmu tidak langsung membuatkan diriku kagum…Cuma aku agak tertanya-tanya pabila dirimu mempunyai kelompok ‘pengikut setiamu’ yang tersendiri…sampai terdetik sedikit di dalam hati….apalah agaknya yang istimewanya dirimu ini..lagipun aku jarang atau sama sekali tidak begitu berminat untuk mengambil tahu dengan ‘duniamu’ yang ternyata amat jauh berbeza dengan duniaku….ataupun dunia yang aku selalu ikuti perkembangannya.

Namun tanpa aku sedari..hari demi hari..aku mengikuti perkembangan dirimu…apatah lagi pabila aku kecewa dengan sikap seseorang yang mana satu masa dulu dirinya amat ku kagumi. Seorang rakan yang sudah lebih 15tahun tidak menghubungi aku, ntah macammana menghubungi aku satu hari..dalam perbualan kami sebenarnya tidak berkaitan langsung dengan dirimu….ntah macammana disebabkan kenalan lama itu menyebut namamu menyebabkan secara tiba-tiba dirimu menjadi topik perbualan..aku mengambil sikap acuh tak acuh..malah apabila ditanya kenalanku itu..aku mengatakan..aku tak tahu dan tidak pernah mendengar tentang dirimu. Sebelum mengakhiri perbualan kami,dia sempat mencadangkan agar aku mengikuti perkembangan dirimu…aku mengiyakannya sahaja….

Satu hari…ye kebetulan satu hari..secara tak sengaja akhirnya aku menyedari keistimewaan dirimu..Oh Tuhan!Ketika itu hatiku berdetik…aku seakan-akan tak percaya……mungkin dia orangnya?...tak mungkin…tapi…ye ciri-ciri yang aku cari itu memang menepati ada pada dirimu…arghhh..memang la tak masuk akal bukan…

Cukuplah aku bercerita tentang dirimu…kepada Allah yang Maha Esa, ku mohonkan petunjuk…petanda…walaupun ku akui sehingga kini masih belum ku temui..namun hari ini aku mengambil satu keputusan yang amat berat untuk ku lakukan…aku akan berusaha sedaya-upaya melenyapkan dirimu dari kotak ingatanku…aku tidak mahu melakukan satu usaha atau penantian yang sia-sia..aku harus melupakanmu..

Seperti yang kunyatakan diawal catatan blogku ini,Allah menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia dan pastinya ada hikmah disebaliknya aku mengenali dirimu.

Yang penting sekarang,aku harus menangani permasalahan ini..meluputkan dirimu dari ingatan, kukira tidak semudah seperti yang lain…kerana kau ternyata berbeza..amat berbeza dari yang lain..kau tersendiri…

Seorang teman pernah berkata..’sekiranya aku tidak dapat melupakan yang ini..kemungkinan besar yang satu ini adalah BUKAN untuk aku melupakan…”…ntahlah sehingga kini aku tak pasti akan kebenaran kata-kata itu…doa aku dirimu sentiasa bahagia dengan apa sahaja aktiviti yang dilakukan..Cuma aku sedih dan sedikit terkilan..kita tak berpeluang berkenalan dengan lebih rapat….malah aku sendiri tidak pasti sama ada namaku..wajahku..pernah terlintas walau seketika..diingatanmu…pernahkah dirimu menyedari kewujudanku..pernahkah kau tahu bahawa aku memujamu?...

 

 


2 comment(s).

Posted by zira:

*wink*:)
Tuesday, March 24th 2009 @ 3:56 AM

Posted by yan:

who's the lucky guy...if he meant to be ...
Wednesday, April 8th 2009 @ 11:33 PM

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see